Sekarang merata rata magic sim celcom ni, ada yang jual murah ada yang jual standard dan ada yang bagi free. Iklannya yang cukup gah di dada akhbar dan kaca televisyen. Harapan menggunung untuk mendapat internet asas percuma (sebelum ni pakai Network lain takde free tenet asas).



Malangnya cukup mengecewakan, internet asas agak slow dan tak sesuai untuk bukak browser dan laman, mudah.my dan facebook yang selalu i bukak. Kemudian i try yang berbayar , dial *118# dan ada satu option RM1 daily internet plan 30mb+30mb, fuh berdesup laju boleh tahan.. malangnya kuota yang kononnya 60MB tu serupa 6MB sahaja sebab beberapa minit selepas i on cg, fb dan mudah.my, i dpt rasakan ke'tenuk'an speed kembali kepada asal dan memang slow loading page, i dengan penuh suspen check kuota dengan htr msj check kuota , chirp..chirp... notification masuk menandakan msej sampai ke inbox, i open terus terkejut tengok kuota dah 0MB wadepak?? i tak bukak youtube, tak download apa2..cuma fb, google dan mudah.my ni selama beberapa minit habis 60MB? kebullshitan apakah ini?

tak cukup dengan itu dia RM1 daily plan auto renew next day pun dia tarik kredit RM1 i dan konon bagi 60MB kuota, then sama mcm semalam lepas on9 beberapa minit slow balik mcm siput sedut, i geram dan terus langgan weekly plan yang 500MB untuk 7 hari dengan nilai RM10, hari pertama ok, hari kedua mula2 ok, petang tu dah slow balik, i ingat line tenet tempat i tak ok, then i check balik kuota rupanya dah 0MB, ini sungguh tak logic, logic ke kalau surfing tanpa download dan buka youtube bukan 24 jam tak sampai dua hari dah habis 500MB? website yg bukak carigold, mudah.my dan FB sahaja, fb pun tak tengok video bagai, cuma komen dan tengok2 page atau group2 post shj..

mungkinkah apa yang dikatakan dan digelar MAGIC SIM adalah MAGIC kerana KUOTA yang anda BELI boleh HILANG SEKELIP MATA dengan MAGICnya?? ini adalah satu lagi kebullshitan dibawa oleh celcom!!

0 comments