Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) mempelawa anak2 Sabah lepasan SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / A-Level / Foundation untuk memohon biasiswa bagi kemasukan ke IPT sesi 2014/2015 kelak. Bagi yg sedang mengikuti pengajian di IPT juga digalakkan untuk memohon, tertakluk kepada syarat yg telah ditetapkan.

Sila layari laman sesawang di www.biasiswa.sabah.gov.my dan baca iklan biasiswa tersebut sebelum mengisi borang secara atas talian (online).

Bagi kawasan luar bandar yang talian internetnya kurang memuaskan, borang permohonan boleh diperolehi di pejabat2 daerah atau perpustakaan daerah seperti yg dinyatakan dalam iklan tersebut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 April 2014.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

HARMIDI ZAFFUAN BIN HASHIM
Penolong Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS)

0 comments