Ramai antara trader, trade tanpa ilmu dan pengetahuan dan disebabkan itulah mereka tidak memahami reward dan risk yang terdapat dlm trade FX. Hari ni sy akan berikan pengetahuan tentang Leverage.

Apa itu leverage? leverage adalah Pinjaman wang dlm bentuk gandaan nilai wang anda. Broker / LP akan memberikan pinjaman kepada anda untuk anda membuat belian atau jualan matawang pada nilai yang tinggi. Ianya juga dipanggil BP "Buying Power"

Sekiranya anda deposit $1000 dan menggunakan leverage 500, bermakna wang anda telah menjadi $1000 x 500 = $500,000. Dengan nilai $500,000 anda blh melakukan trade dengan nilai yang lebih besar berbanding akaun tanpa leverage.

Cth: BUY EURUSD pada harga 1.35000 1.0 lot, kos yang terlibat dalam urusniaga membeli EUR dan menjual USD adalah €100,000/$135,000. So disini kita blh nampak dengan $1000, kita mampu membuat urusniaga belian dan jualan tinggi dengan bantuan leverage. Jika tanpa bantuan leverage, dengan modal $1000, anda hanya blh lakukan urusniaga 0.01 lot sahaja. Dengan leverage yang tinggi, kita dapat membuat belian atau jualan dengan nilai tinggi untuk mengaut keuntungan yang tinggi.

Leverage juga akan memberikan kerugian yang tinggi kepada anda sekiranya tersilap cara penggunaan nya. Tinggi pulangan, tinggi lah risikonya. Berdasarkan dengan modal $1000 dan penggunaan leverage, sebenarnya kita berdepan dengan risiko kerugian hampir 100%. Nilai urusniaga $100,000 dan modal $1000, semua mampu membuat kira2 matematik disini. $99,000 adalah wang pinjaman anda dan hanya 1% sahaja wang anda. Bermakna 99% adalah risiko dan hanya 1% sahaja kemungkinan keuntungan TETAPI dengan penggunaan leverage yang betul dan juga pengurusan wang yang betul, anda mampu menukarkan 99% risiko kepada keuntungan dan 1% kerugian.

Semua bergantung kepada matematik anda, cara pemahaman dan juga cara pengiraan.

Be a FX trader with a knowledge, smart and professional.

Kredit to: Legendz Trader

0 comments